November 26, 2022

Raya Solo Terakhir Ayda Jebat

Syawal 2020 bakal menjadi lebaran terakhir Ayda Jebat secara solo apabila bakal menamatkan zaman bujang tahun depan.

Ayda yang mula dikenali dengan lagu Siapa Diriku, sudah bergelar tunangan orang pada April lalu.

“Saya bersyukur semua dipermudahkan. Doakan semoga semua berjalan lancar dan hubungan ini diberkati,” katanya.

Bunga di hati pelakon dan pengacara Nabil Mahir itu mengakui sedang membuat persiapan menjelang hari bahagia.

Kata pelakon Bukan Gadis Biasa itu, semuanya akan dimaklumkan nanti dan masih berbincang terutama dalam suasana pergerakan terhad PKP akibat Covid-19.

Sudi mengirimkan ucapan dan berkongsi kisah Aidilfitri bersama Geng Gayah, Ayda berkata dia Semperit dan Cornflakes Bermadu adalah biskut raya wajib bagi dirinya.

“Dua biskut ini mesti ada kalau tidak tak seronok. Kalau bab duit raya, saya memang tidak pandai dan gemar berjalan raya, jadi jarang dapat,” katanya tertawa.

Khas untuk Geng Gayah, boleh ikuti YouTube Gayah di gayah is typing juga Instagram dan FB Page @gayahistyping untuk menonton ucapan raya dan cerita Aidilfitri Ayda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts