November 27, 2022

TV3 SAMBUT USIA 37 TAHUN DENGAN BACAAN YASIN

PETALING JAYA: Bersesuaian dengan pandemik Covid-19 dan kemelut di Palestine, stesen TV3 menyambut usia 37 tahun hari ini dengan bacaan Yasin.

Stesen pilihan ramai sejak ditubuhkan pada 1984 menganjurkan majlis bacaan Yasin menerusi program Tanyalah Ustaz.

Bacaan Yasin itu dibawakan oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud.

Tanyalah Ustaz diteruskan dengan episod istimewa iaitu ‘Sampaikan Walau Satu Ayat’ bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke 37 pada pukul 6.30 pagi.

Penonton boleh turut serta memeriahkan ulangtahun ini dengan berkongsikan pengalaman melalui video dan gambar bersama keluarga menerusi tanda pagar #tv3ulangtahun37 #BacaanYasinTanyalahUstaz #kesejahteraannegara di laman sosial untuk sama-sama kita mengimarahkan majlis ini.

Sepanjang beroperasi 37 tahun ini, TV3 telah menerbitkan pelbagai genre program.

Antaranya, Buletin Utama, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin, Majalah 3, Jejak Rasul, I Can See Your Voice Malaysia, Lagu Cinta Kita 2, Vokal Mania dan juga drama-drama popular seperti 7 Hari Mencintaiku, Kampung People, Takdir Yang Tertulis, Melastik Ke Hatimu yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton TV3 seterusnya meraih jumlah penonton yang tinggi.

Tidak ketinggalan juga program TV3 yang sentiasa mendapat hati di penonton setiap kali tibanya bulan Ramadan iaitu Jejak Rasul yang mula bersiaran sejak 1995 di TV3.

Program hiburan yang sedang berlangsung di TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) dan Sumbang Suara akan menceriakan malam Ahad anda. Pastikan anda duduk di rumah dan tonton I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 pada setiap hari Ahad dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam dan teruskan berhibur dengan Sumbang Suara yang akan bersiaran pada 10.30 malam.

Slot drama di TV3 seperti slot Akasia, Lestary dan Samarinda tidak pernah mengecewakan peminat drama Melayu. Akan datang di slot Akasia bermula 2 Jun 2021, saksikan gandingan baharu Farid Kamil dan Mimi Lana menerusi drama bersiri Masih Ada Rindu.

Bagi program animasi pula, penonton cilik pasti tidak asing lagi dengan Ejen Ali. Terkini, Ejen Ali juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan diri dan hand sanitizer meningkatkan kesedaran adik-adik tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dalam pandemik Covid-19.

Gayah juga gemar menonton TV3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts