KLIH Penyokong Utama BANGKIT, Terus Komited Angkat Bakat Seni Tempatan

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) membuktikan komitmennya terhadap pembangunan industri kreatif tempatan apabila tampil sebagai penyokong utama kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR), BANGKIT: Bakat Yang Tak Pernah Padam – Kempen CSR Apresiasi Bakat Seni.

Kempen anjuran The Vazz Society yang berlangsung pada 16 November lalu itu memberi peluang kepada tiga penyanyi berbakat, Sahri, Pija Yasin dan Fatin Faishal, untuk kembali mengetengahkan kemampuan vokal serta memperkukuh hubungan bersama penggiat industri, media dan peminat.

Sokongan KLIH memperlihatkan peranan sektor perhotelan yang tidak hanya tertumpu kepada perkhidmatan penginapan dan penganjuran acara, malah mampu menjadi rakan strategik dalam memperkasa industri seni dan budaya negara.

Pengarah Urusan KLIH, Muhammad Zairee Izwan Zahir, berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan The Vazz Society dalam menjayakan kempen berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha memberikan sokongan kepada bakat seni berkualiti.

Menurutnya, pemilihan KLIH sebagai lokasi penganjuran turut membawa pengertian tersendiri kerana kedudukannya di Chow Kit yang mempunyai nilai sejarah cukup signifikan dalam perkembangan industri hiburan tanah air.

Kawasan berkenaan pernah menjadi saksi persembahan ikonik penghibur legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pada April 1986 yang menghimpunkan kira-kira 100,000 penonton.

“Signifikannya, kami di KLIH bersedia bersama-sama menyokong industri seni di negara ini termasuk menjadi lokasi bagi acara yang sesuai,” katanya.

Wajah Baharu, Pengalaman Perhotelan Lebih Selesa

Dalam perkembangan berkaitan, KLIH kini tampil dengan nafas baharu menerusi pembaharuan konsep perhotelan yang menggabungkan elemen keselesaan moden, layanan mesra dan identiti Kuala Lumpur yang cukup dekat dengan masyarakat.

Di bawah pengurusan Zaques Hotel (M) Sdn. Bhd., hotel yang terletak di Lorong Haji Hussein 2, Chow Kit itu terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pilihan untuk penginapan, urusan korporat, majlis sosial dan penganjuran pelbagai acara.

Dengan kira-kira 356 bilik penginapan, KLIH menawarkan kemudahan kepada pelancong domestik dan antarabangsa, selain tetamu yang berkunjung ke ibu negara atas urusan perniagaan, persidangan mahupun percutian keluarga.

Bilik penginapan yang selesa, kemudahan Wi-Fi, pilihan tempat makan, pusat kecergasan dan ruang parkir antara kemudahan yang melengkapkan pengalaman tetamu sepanjang berada di hotel berkenaan.

Antara tarikan utama KLIH ialah Grand Sudirman Ballroom, sebuah dewan acara dengan susun atur tanpa tiang, pencahayaan moden dan ruang fleksibel yang sesuai digunakan bagi penganjuran majlis korporat, persidangan, acara hiburan, jamuan serta perkahwinan.

Hotel itu turut menawarkan empat bilik fungsi yang dikenali sebagai Saloma I, Saloma II, Saloma III dan Saloma IV, lengkap dengan kemudahan audiovisual serta susun atur yang boleh disesuaikan mengikut keperluan penganjur.

Kelebihan itu menjadikan KLIH sebuah lokasi yang praktikal bagi penganjuran acara berskala kecil mahupun besar, termasuk pelancaran produk, sidang media, seminar, mesyuarat dan program komuniti.

Selain itu, kedudukannya yang berhampiran Stesen Monorel Chow Kit, kawasan Kampung Baru serta pusat komersial utama Kuala Lumpur memberi kelebihan dari segi akses dan kemudahan pergerakan tetamu.

Hospitaliti dan Seni Bergerak Seiring

Penganjuran BANGKIT turut menyerlahkan potensi KLIH sebagai ruang pertemuan antara pemain industri kreatif, komuniti seni dan pihak korporat dalam mewujudkan kerjasama yang memberi manfaat bersama.

Melalui sokongan seperti ini, KLIH bukan sahaja dapat memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatannya kepada khalayak lebih luas, malah menyumbang kepada usaha memastikan bakat seni tempatan terus mendapat perhatian dan peluang sewajarnya.

Dengan pendekatan perhotelan yang lebih segar serta keterbukaan terhadap kolaborasi pelbagai sektor, KLIH berpotensi mengukuhkan reputasinya bukan sekadar sebagai destinasi penginapan di tengah ibu kota, tetapi juga sebagai lokasi acara yang meraikan seni, warisan dan kreativiti Malaysia.

Bagi KLIH, sokongan terhadap BANGKIT menjadi antara manifestasi bagaimana industri hospitaliti dan dunia seni mampu bergerak seiring dalam menghargai bakat serta mencipta pengalaman bermakna kepada masyarakat. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *