March 20, 2025

Lebih 80 Hidangan Citarasa Nusantara – The Venue X Achara Saji Juadah Berbuka Berbaloi

Mencari lokasi menjamu selera selepas seharian menahan lapar, The Venue X Achara pilihan tepat bagi anda dengan lokasi mendamaikan dan selesa.

Bertempat di Aqua Garden Bangi, lebih 80 hidangan dengan harga Serendah RM68 pasti membuatkan anda tersenyum dan kenyang dengan variasi Sajian Nusantara.

Masakan dengan sentuhan seperti di rumah, pelbagai lauk pasti menambat tekak dengan hidangan khas seperti masak lemak ayam dan daging salai yang disediakan dalam kawah.

Pelbagai lauk juga disediakan malah bagi menghidupkan suasana desa deretan ulaman bersama sambal tersedia buat menambah selera anda.

Mulakan dengan manis-manis, kuih muih tradisi pelbagai jenis talam dan bubur pulut hitam pasti menggamit memori air tangan nenek di kampung.

Bukan itu saja, lebih 10 gerai tersedia seperti satay, sup kambing, apam balik, gorengan, shell out disediakan setiap hari.

The Kawah hidangan signature dengan Masak Lemak Ayam & Daging Salai

Pengurus Jenama and Pemasaran The Venue X Achara, Wasril Aswad berkata sajian makan malam itu berlangsung sehingga 29 Mac dan mampu menampung sehingga 2,000 orang.

Turut diadakan ialah persembahan langsung serta tazkirah Ramadan pada setiap hujung minggu selain berpeluang menjamu selera bersama anak yatim.

“Kita turut menyediakan menu pelbagai termasuk sentuhan ala Arab dan India serta Cina.

Pelbagai jenis kuih talam serta apam balik yang menjadi rebutan juga biskut legend

“Harga istimewa untuk warga emas dan percuma bagi kanak-kanak di bawah usia lima tahun,” katanya.

Wasril berkata, harga istimewa juga diberikan bagi mereka yang membuat tempahan secara berkumpulan.

Lokasi ini juga lengkap dengan surau yang selesa, tempat letak kereta yang luas serta tandas bersih serta mesra OKU.

Maklumat lanjut seperti berikut:

SAJIAN CITARASA Nusantara Buffet Dinnerb y The Venue x Achara sehingga 29 Mac 2025 di lokasi Aqua Garden Bangi

https://maps.app.goo.gl/xTH1QEnCYWeV9jtL6g_st=com.google.maps.preview.copy

IG: http://www.instagram.com/thevenue_achara

TT: http://www.tiktok.com/@thevenue_achara

FB: https://www.facebook.com/share/1ByCbkUHnD/?mibextid=wwXIfr

Geng GIT Media berpeluang menjamu selera di lokasi ini pada 1 Ramadan lalu dan ternyata juadahnya memikat rasa. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts