KUALA LUMPUR: Stesen radio Gegar meneruskan momentum mencuri hati pendengar mereka dengan inisiatif tersendiri apabila memperkenalkan Geng Gegar Fan Club bermula 2021.
Orang kuat stesen Gegar, Raja Nadia Salwana berkata, menerusi keahlian itu pendengar akan diberikan layanan VVIP pada majlis yang dianjurkan oleh stesen berkenaan serta berpeluang mendapat cendera mata eksklusif Gegar.
Beliau berkata, tiada sebaran caj dikenakan dan semua syarat boleh didapati di laman web stesen radio berkenaan.
“Mereka akan diberikan layanan istimewa selain mendapatkan hadiah istimewa daripada kami.
“Pastinya tujuan utama ialah untuk mengeratkan lagi hubungan pendengar dengan penyampai dan kami di Gegar sangat menghargai pendengar yang merupakan nadi utama stesen ini serta sentiasa menyokong kami,” katanya.

Raja Nadia berkata, ahli kelab juga akan berpeluang berjumpa dengan penyampai dalam majlis yang dianjurkan oleh stesen berkenaan.
Tambahnya, bersempena dengan situasi semasa ahli kelab itu juga akan berpeluang mengikuti sesi Zoom Meeting untuk bermesra dan bertukar pendapat dengan penyampai dua kali sebulan.
“Kita mahu pendengar dan penyampai mempunyai hubungan dua hala serta berkongsi pendapat untuk memastikan stesen memberikan yang terbaik kepada pendengar,” katanya.
Raja Nadia turut meberitahu, stesen berkenaan juga kini menggunakan tagline baharu iaitu Gegar, Pilihan #1 Pantai Timur.
Stesen itu juga kini sedang mencari Personaliti Radio Sambilan bagi mencungkil bakat baharu serta memberikan kelainan.
Gayah suka Gegar sebab dekat di hati. Jom cuba jadi penyampai, kali terakhir dulu ketika masih belajar di stesen radio universiti.
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan