October 11, 2024

Khai Bahar Nafi Dakwaan – Ligat Berparti dan Berhibur

Penyanyi popular Khai Bahar menafikan dakwaan yang bertebaran kononnya dia kini ligat berparti dan berhibur sejak berkawan rapat dengan seorang usahawan selebriti.

Khai berkata, dia sudah lama tidak menghadiri sebarang acara seperti dimaksudkan sejak kehilangan ibu tercinta.

“Seingat saya ada menghadiri sambutan hari lahir dan juga berkaraoke bersama teman-teman itu sahaja.

“Saya tidak pernah menganggap diri saya baik dan saya berkawan dengan semua orang tanpa ambil peduli hal peribadi mereka.

“Saya jumpa juga adakalanya atas dasar kerja, biasalah keluar pergi makan-makan,” katanya ketika ditemui pada sesi bersama media sempena single terbaharunya berjudul Bawa Hatiku Bersama Kamu.

Khai yang juga seorang pelakon berkata, sejak ibunya berdepan dengan masalah kesihatan serius sekitar 2022, dia sudah kurang keluar dengan kawan-kawan.

“Saya kurang berjumpa dengan mereka apabila mak saya sedang sakit iaitu awal 2022. 

“Lepas emak sakit, saya terus berhenti pergi karaoke dan lepak dan fokus kepada mak yang sakit. Saya tak pergi sana sini. Sebab benda itu melalaikan saya untuk melupakan mak saya.

“Sejak mak meninggal tak berhibur kecuali melibatkan hal kerja,” katanya.

Menyelami isi hati Khai yang mungkin terluka apabila satu demi satu dakwaan dikaitkan dengannya Khai berkata dia bertuah kerana ada peminat di sisi.

“Saya juga tinggal dengan kakak, abang dan adik saya serta mereka lebih kenal siapa saya dan tidak pernah tanya apa juga dakwaan yang ditimbulkan.

“Ikut suka asalkan orang buat fitnah itu puas hati sampai dia penat dia akan berhenti, nak berlawan balik pun tiada faedah,” katanya.GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts