June 18, 2024

Suria FM Warna Warni Rebut Wang Tunai RM60,000

PETALING JAYA: Masih dalam mood tahun baru, stesen radio popular Suria FM menampilkan konsep juga ‘look & feel’ yang lebih segar, kreatif dan menarik bertemakan ‘Ilustrasi dan Warna Pop’.

Konsep terbaru yang menampilkan para penyampai Suria FM ini telah mula menghiasi semua digital platform Suria FM, laman web Suria.my, aplikasi Suria Malaysia dan Youtube Suria TV bermula 25 Januari lalu.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid selepas 15 tahun bersiaran, kini Suria FM membawa sesuatu yang baru buat pendengar yang sentiasa menyokong.

“Terima kasih kerana terus mempercayai jenama kami. Kami percaya kelainan yang dibawakan ini sejajar dengan misi Suria FM untuk terus kekal relevan dalam industri radio tanah air.

“Suria FM kini lebih agresif untuk menganjurkan pelbagai peraduan juga aktiviti ‘on ground’ dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi jalinan juga hubungan baik kami bersama pendengar setia yang amat kami sayangi dan hargai,” katanya.

Lebih menarik, bermula 30 Januari lalu, Suria FM memberikan peluang kepada pendengar untuk memenangi sebahagian daripada RM60,000 menerusi kempen Suria Bagi Duit.

Lebih mesra disapa DJ Lin, penyampai Suria Cinta itu berkata, kempen kali ini terbahagi kepada beberapa peraduan seperti Suara Selebriti Suria, Lagu Oyen Suria, Lagu Gostan Suria dan Lagu Rosak Suria.

Sebagai permulaan ialah ‘Suara Selebriti Suria’, di mana pendengar berpeluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM60,000 dengan hanya meneka suara selebriti mengikut turutan menerusi peraduan Suara Selebriti Suria yang sudah bermula sehingga 10 Februari ini.

Wang tunai RM250 akan dimenangi untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan yang diberikan adalah salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya.

Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus.

Jelajah Suria FM juga bakal bermula 11 Februari ini dengan lokasi pertama di Johor Bahru. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts