Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah memberi amaran dia akan menjadi orang pertama mengamuk sekira kakaknya itu berbaik dengan suami pelakon Aliff Aziz.
“Kalau berbaik, saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya. Saya yang jadi wakil netizen, jangan risau.”
Demikian penegasan pelakon Didi Astillah apabila timbul dakwaan mengenai kakaknya, Bella Astillah yang dikatakan sudah berbaik dengan suaminya Aliff.
Pada masa sama, Didi yang bengang dengan desas-desus bertebaran memaklumkan, kakaknya masih teguh dengan pendirian untuk berpisah.
“Saya nak mengamuk apabila nampak artikel mereka sudah berbaik. Suka hati sahaja.
“Bila masa berbaik? Berhubung pun tidak, nak berbaik macam mana? Memang nak bercerai,” katanya menerusi siaran langsung TikTok semalam.
Selain itu, Didi berharap penjelasannya dapat membuatkan netizen berhenti mengecam Bella.
“Saya tidak tahu siapa yang buat cerita, kalau tahu saya akan hubungi dia.
“Mula-mula saya ingat mahu biarkan tetapi apabila sudah ramai sangat (bercakap) saya jadi geram pula.
“Siapa yang sudah terkomen dan rasa geram dekat artikel itu serta geram dengan Bella, komen balik sambil beritahu berita tersebut tidak betul,” ujarnya lagi.
Susulan kes mahkamah antara Bella dan Aliff ditunda dari 4 Jun ke 13 Jun, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu kembali berbaik dengan suaminya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Liza Aziz Juara GV 11 – Tampil Persembahan Memukau
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Kempen ONEXOX Lucky Angpaw Huat Ah – 2.5 Juta Pelanggan Berpeluang Menang Hadiah RM8,888
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce