Pertubuhan Teater Hidayah dengan sokongan Kementerian Pelancongan ,Seni Dan Budaya melalui Geran Sokongan Sektor Kerajaan akan mementaskan Kontemporari Purbawara Teater Nilamsari , yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Oktober 2024 di Panggung Percubaan UPSI, Tanjung Malim.
Teater Nilamsari mendekati ilmu pertahanan diri dalam seni persilatan sambil menerokai perjuangan wanita dari perspektif srikandi.
Menurut Pengarah Teater, Yusry Kamaruzaman, mesej utama yang ingin disampaikan adalah tentang perjuangan untuk terus utuh agar tidak berpecah dan kasih sayang sesama manusia.
“Skrip ini ditulis untuk mengangkat dunia seni mempertahankan diri dalam persilatan, dengan harapan ia dapat mengangkat warisan seni bangsa melalui perjuangan seorang wanita yang merupakan tunjang yang tidak di dendangkan.
“Melalui pementasan ini, saya berharap masyarakat dapat menghargai seni dan memahami nilai yang terkandung di dalamnya,” tambahnya.
Teater Nilamsari bukan sahaja akan mempersembahkan seni mempertahankan diri tetapi di gabungkan dengan pengajaran, kesedihan dan juga kelucuan.
Teater Nilamsari dengan barisan pelakon – pelakon iaitu Ruby Wahid sebagai watak utama Nilamsari, Kamarul AR sebagai Tok Long Deraman , Panglima Aduka ,Ain Sufia, Salman Al Farisi, Khai Sabri , Apai Azha ,Dean Sitara , Mardiana Ismail ,Shahril Kamil ,Azmi Daim dan pelajar-pelajar UPSI serta pesilat-pesilat PSSGM.
Nilamsari berkisar mengenai gelanggang silat tertua merencah perpaduan dan persaudaraan penduduk Desa Permata bahana perpecahan apabila Tok Deraman ,seorang guru silat,di bunuh oleh manusiia yang tamakkan kedudukan dan kuasa .
Justeru itu, Nilamsari seorang gadis desa dan anak gadis Tok Deraman ,yang tangkas dan berani menuntut bela di atas kematian ayahnya.
Tiket berharga RM15 bagi dewasa manakala untuk pelajar, warga emas dan OKU hanya RM10 serta percuma untuk pelajar UPSI.
Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan jadual pementasan,layari laman sosial facebook atau instagram Teater Hidayah . – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan
-
Yayasan Prihatin Salur RM1.5 Juta Sumbangan – Siri 25 Jelajah Ramadan Seluruh Negara
-
Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin Dan Cuckoo Anjur Majlis Silaturahim – Ceriakan Sambutan Syawal Mereka Yang Memerlukan