April 25, 2025

Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin Dan Cuckoo Anjur Majlis Silaturahim – Ceriakan Sambutan Syawal Mereka Yang Memerlukan

Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin, dan Cuckoo bekerjasama menganjurkan Majlis Silaturahim Ramadan dan berbuka puasa bertujuan untuk menyantuni golongan yang memerlukan.

Majlis ini diadakan bagi meraikan anak yatim, pelajar tahfiz, penggiat seni serta pengamal media yang memerlukan bantuan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti. Selain menikmati juadah berbuka puasa bersama, majlis ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan khas bagi membantu meringankan beban golongan yang diraikan.

Seramai 30 anak yatim dari PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur dan 50 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) Shah Alam menerima sumbangan duit raya, baju raya serta bag makanan.

Dalam majlis yang sama, 30 penggiat seni dan pengamal media turut menerima sumbangan sokongan kewangan, bag makanan dan baju raya.

Pihak Cuckoo turut menyampaikan 3 unit penapis air kepada sekolah dan pusat tahfiz.

Kerjasama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim tetapi juga memberikan kegembiraan dan kelegaan kepada mereka yang memerlukan. Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin, dan Cuckoo komited dalam meneruskan usaha kebajikan serta menyokong kesejahteraan masyarakat.

Sementara itu, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi mengenai Program Sedekah Nurjiwa merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Yayasan Nurjiwa bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta dalam misi amal dan kebajikan boleh turut serta dengan membuat sumbangan secara berterusan ke tabung Yayasan Nurjiwa

Sedekah berterusan serendah RM1 sehari atau RM30 setiap bulan dapat meringankan beban dan membantu pelbagai misi kebajikan dan kemanusiaan yang dilakukan oleh Yayasan Nurjiwa.

“Penyumbang boleh memilih untuk membuat sumbangan serendah RM30, RM60, RM90 setiap bulan atau sumbangan tetap tahunan.

“Setiap sumbangan akan diberikan pengecualian cukai dan pihak Yayasan Nurjiwa berhasrat mendapatkan pelindungan insurans kepada penyumbang namun perkara ini masih sedang diperhalusi.

“Anda boleh menyertai program ini dengan mengisi borang di laman sesawang Yayasan Nurjiwa di www.Nurjiwafoundatiom.com atau terus mengimbas QR kod yang disediakan,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts