Penyanyi dan pelakon terus menjadi pilihan jenama terkenal di negara ini sebagai wajah dan duta mereka meskipun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Bagi penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Siapa Diriku itu, dia percaya semuanya adalah rezeki berkat kerja keras dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Syukur ada jenama yang terus percayakan saya dan sambung kontrak sejak 10 tahun lalu malah ada juga jenama baharu.
“Pada saya setiap kepercayaan yang diberi perlu dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman dirinya sebagai duta tuala wanita tempatan jenama Lafre baru-baru ini.
Dalam pada itu, suri hati kepada selebriti Nabil Mahir itu juga berkongsi pernah menolak tawaran bernilai hampir setengah juta ringgit kerana produk berkenaan tidak sesuai dengan dirinya.
“Kalau nak diikutkan memang banyak amaun yang ditawarkan tetapi saya rasa ia belum lagi sesuai untuk saya.
“Bila saya rasa ia belum sesuai atau pihak klien yang terlalu mahukan promosi yang terlalu ‘hard sell’, saya tidak berapa setuju. Malah saya juga pentingkan keselesaan terhadap jenama malah bersama pihak klien sendiri.
“Sebab kalau kita bekerja dalam keadaan stres, ia akan beri impak yang tidak baik juga. Bagi saya kita perlu ada keserasian di dalam bekerja sesama individu. Sebab apa pun, kita yang lebih mengenali siapa kelompok peminat kita.
“Semuanya bergantung kepada rezeki, tidak mengapa kalau ia mungkin tidak sesuai dengan saya. Akan tetapi kalau hanya ada satu saja jenama yang kita pegang dan kerjasama berjalan dengan baik, ia mungkin akan berterusan sampai bertahun-tahun, insya-Allah,” katanya.
Menurut Ayda, dia percaya kepada kerja ikhlas dan sepasukan akan membawa kepada hasil yang baik dalam menjalani komitmen dengan apa-apa jenama.
Mengenai Lafre, Ayda berkata tuala wanita berkenaan sangat premium pada harga mampu milik serta sesuai dengan wanita di negara ini.
Dia juga menyukai paket serta bungkusan produk berkenaan yang menarik serta eksklusif.
“Saya juga akan adakan beberapa siri kempen dan penerangan mengenai pentingnya memilih tuala wanita yang sesuai dalam kalangan wanita,” katanya pelantun lagu Memerang itu. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur