April 25, 2025

Rosecun Bangkit Semula Bersama Amerose Super Cereal

KUALA LUMPUR : Wang simpanannya pernah licin kala berdepan dengan ujian dalam perniagaan sekitar enam tahun dahulu saat produk sulung keluarannya mula bertapak. 

Bekas wartawan, Rosnah Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Rosecun berkata, setiap sen wang simpanannya ketika itu dilaburkan dalam usaha membawa produk makanan kesihatan Amerose Super Cereal by Rosecun ke negara Timur Tengah.

“Kita hanya merancang Allah penentu yang terbaik. Produk yang sepatutnya dieksport hanya tersadai dalam kontena. 

“Memang saya terduduk tapi saya terima dan pujuk hati,” katanya.

Rezeki Allah, kini dia kembali dengan produk yang sama iaitu makanan sihat berasaskan Oat dengan bungkusan baharu lebih jimat.

Rosecun berkata, dia yakin bangkit semula demi mencari rezeki sebagai seorang ibu tunggal dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

“Saya bertuah ada pihak yang sudi menyokong bersama-sama membangunkan semula produk yang memang mendapat sambutan sebelum ini,” katanya.

Untuk edisi terbaru produk itu didatangkan dalam bungkuasan 10 paket sedia diminum dalam setiap kotak dengan harga RM39.

Katanya, produk itu mengandungi bahan seperti Kurma, Madu, Delima, Aprikot, Ubi Bit, Chia Seed, Vitamin C & Kolagen.

Tambah Rosecun, antara khasiat Amerose Super Cereal ialah mengenyangkan perut, memberi tenaga, mengurangkan masalah sembelit, seimbangkan tahap kolestrol dan nutrisi dalam badan.

Malah, produk ini juga sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa khasnya untuk hidangan sarapan pagi.

“Kata orang sesuai untuk mereka yang mahu diet dan mereka yang punyai diabetis pun boleh minum kerana tiada kandungan gula,” katanya.

Mereka yang berminat boleh hubungi talian 0122575917 dan bercakap dengan Rosecun. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts