April 13, 2024

Dulu Kerja, Kini Pemilik Salon

KUALA LUMPUR : Berbekalkan pengalaman sebagai pekerja salon rambut, wanita ini berhak untuk berasa bangga apabila kini bergelar usahawan produk dan pemilik perniagaan itu. 

Bagi Nurul Hidayah Mohmad, bermula dengan hanya dua produk kini, syarikatnya NH Beauty Solution kini mempunyai sembilan variasi produk penjagaan kepala dan rambut.

Bertempat di DeepBlue, The Face Suite satu majlis pelancaran diadakan dengan memperkenalkan rangkaian produk NH Beauty seperti Hair Lost Shampoo, Hair Treatment Shampoo, Masque, Hair Tonik, Hair Serum, Leave in dan Hair Treatment.

Menariknya, produk ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina, malah untuk yang berhijab juga amat digalakkan, begitu juga untuk mereka yang gemar menukar warna rambut.

“Jiwa saya memang jiwa berniaga, tak kira apa bentuk perniagaan, akan saya usaha dan cuba untuk masuk demi mengembangkan perniagaan sedia ada.

“Malahan, sejak dari usia remaja saya suda melangkah dan terus melangkah dalam dunia perniagaan,” katanya.

Nurul Hidayah juga optimis untuk menjadikan produknya pilihan di salon di negara ini.

Dia juga bersedia membimbing anak muda yang menyimpan impian untuk membuka salon.

NH Beauty boleh diikuti di media sosial Facebook, Instagram dan TikTok.

Terdahulu, majlis itu turut diserikan dengan persembahan Ayu Damit dan Shukri Zainal. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts