September 23, 2023

Gegar Terus Curi Hati Pendengar

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan stesen Gegar terus menjadi pilihan hati pendengar, stesen berkenaan menyusun semula tugas penyampai mengikut pilihan serta kesesuaian.

Orang kuat stesen Raja Nadia berkata, penyusunan semula itu dilakukan selepas satu tinjauan dibuat tahun lalu.

Raja Nadia orang kuat stesen Gegar FM

Dua penyampai menyahut cabaran dengan menggendalikan segmen baharu selepas bertugas di slot sama sejak bertahun lalu.

“Kita mahu semua penyampai versatil dan mampu memberikan yang terbaik tidak kira dalam slot atau segmen apa sekali pun.

“Syukur kerana kami mendapat maklum balas dan sokongan penuh daripada kalangan pendengar,” katanya kepada Gayah.

DJ Nazz dan DJ Ewan

Raja Nadia juga mesra disapa Nana berkata, DJ Nazz yang sudah 10 tahun menggendalikan segmen malam kini bertugas di sebelah petang.

Lebih menarik Nazz juga kini bergandingan dengan DJ Ewan. DJ Anna pula menjadi penyeri segmen malam selepas bertugas di slot pagi sebelum ini.

DJ Anna

DJ Shah tidak ditinggalkan keseorangan dan mendapat pengganti Anna iaitu DJ Mek Zura yang kembali semula ke pangkuan Gegar.

Gandingan baharu DJ Shah dan DJ Mek Zura

Seorang lagi DJ Scha Musa bertugas di segmen 10 lagi hingga 3 petang.

DJ Scha

Sementara itu, baru-baru ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Pelancongan Terengganu membawa geng pagi Gegar ke acara khas mengail ikan.

Geng Gegar dalam aktiviti bersama pendengar baru-baru ini.

Dalam acara itu, Mek Zura membuktikan kehandalannya menjuarai acara yang turut membabitkan pendengar Gegar.

Gayah suka team Gegar, bersahaja tetapi masih menjaga etika berbual dengan pendengar dan ketika ke udara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts