PETALING JAYA: Selepas memilih dan mendambakan jejaka rap idaman ramai, MK dalam lagunya sebelum ini, Nabil Razal masih tidak berubah hati pada lelaki itu untuk kemunculan kali ini.
Muncul dengan single terbaru, Aku Terluka, penyanyi itu ada alasan tersendiri untuk mengekalkan MK dalam muzik video lagu berkenaan.
“Saya sengaja memilih MK sekali lagi untuk membintangi MV lagu baharu ini kerana sambutan luar biasa peminat terhadap lagu dan muzik video Peluang Kedua.
“MV Aku Terluka akan menjawab pertanyaan ramai tentang pengakhiran mereka dalam lagu Peluang Kedua itu. Jadi lagu ini ada kena mengena dengan lagu sebelum ini yang turut membabitkan MK,” katanya.
Single ciptaan Amylea Azizan dan MFMF itu mengisahkan tentang sebuah percintaan yang tidak kesampaian kerana pemergian sang kekasih buat selamanya dan tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain reda serta meneruskan hidup bersama memori percintaan mereka.
Single balada ini juga bukti Nabila tidak gentar mencabar dirinya meskipun dikritik ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua secara langsung sebelum ini.
“Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Aku Terluka merupakan lagu ketiga terbitan Nabila Razali Entertainment yang juga single ketujuh buat dirinya dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
Single dan muzik video single itu boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Nabila Razali Entertainment. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia