November 12, 2024

Ira Kazar Tak Kisah – Tak Nak Gaduh-Gaduh, Hargai Bapa Yang Sentiasa Di Sisi-Sisi

Ira Kazar mengambil sikap tidak kisah terhadap segala persepsi dan kritikan terhadapnya kerana enggan bermusuhan dengan sesiapa.

Bekas isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu berkata, dia enggan mengambil pusing apa yang sudah berlaku dan memilih untuk meneruskan rencana masa depannya.

Ira, 29, kini rancak menyusun kerjaya seni dan bakal melancarkan single berjudul Tak Kisah menampilkan Alan D.

“Sama juga seperti yang saya kata tajuk lagu dan jalan cerita juga sangat sesuai dengan pegangan saya iaitu tak kisah dengan apa juga tanggapan orang, tak nak gaduh-gaduh.

“Saya mahu teruskan hidup dan mencuba bidang yang baharu kerana saya juga pernah menyanyi ikut bapa saya,” kata anak kepada penyanyi dan pelakon Kazar Saidi itu.

Ira ditemui pada majlis Hi-Tea Anthon’s Leather milik usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri dimana Ira turut menghiburkan hadirin dengan menyampaikan lagu Jangan Kau Mimpi.

“Saya sebenarnya sudah lama tak menyanyi, kali terakhir kira-kira enam tahun lalu ketika temani ayah,” katanya.

Ira turut mengakui terharu apabila bapanya turut menjadi sasaran sepanjang episod kontroversi yang dilaluinya sebelum ini terutamanya dalam hal kemelut rumah tangganya.

“Saya tahu bapa saya juga berdepan dengan pelbagai tuduhan namun saya beruntung kerana mendapat sokongan penuhnya dan keluarga,” katanya.

Mengenai teman baharu, Ira enggan memikirkan hal berkenaan kerana memilih untuk memberikan fokus terhadap bidang seni yang ingin diceburi.

“Biarlah dulu saya nak fokus hal lain, dengan bekas suami juga ada hubungi tapi hanya untuk urusan tertentu,” katanya.

Ira juga tidak kisah apabila ada pihak yang menggunakan kisahnya sebagai bahan jenaka kerana menganggap ia hanya usik-usik nakal. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts