December 1, 2022

Ustaz Dengar Suria Cinta

ALOR SETAR: Penyampai radio DJ Lin terharu apabila didekati seorang individu lengkap berjubah putih dan berkopiah yang menegur serta memberitahu dirinya pendengar stesen Suria FM dan Suria Cinta khasnya.

Insiden spontan itu berlaku ketika pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid dan sekumpulan media selesai menjamu selera di restoran Fullamak Sup Power, Tanjung Bendahara di sini malam tadi.

“Saya terharu apabila ustaz memberitahu dia juga pendengar Suria dan Suria Cinta khasnya sebaik saya menyapa mereka yang menegur saya.

“Bagi saya, mewakili Suria FM ini adalah satu penghargaan buat kami kerana mendapat sokongan semua lapisan masyarakat sebagai pendengar setia kami,” katanya.

DJ Lin yang juga Pengurus Besar stesen radio itu, dia bagaikan tak percaya pada mulanya sebaik dimaklumkan perkara itu.

Katanya, sokongan seperti itu membuatkan keluarga Suria FM terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik.

“Di pihak kami akan terus berusaha memastikan info dan lagu yang disajikan kepada pendengar memberikan manfaat,” katanya.

Terdahulu, lelaki dalam lingkungan usia 50-an yang dipercayai imam di kawasan berkenaan singgah menikmati hidangan di kedai yang sama bersama beberapa rakannya.

DJ Lin dan Suria FM berada di Alor Setar sempena Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell edisi utara yang diadakan di Aman Sentral di sini.

Hampir 5,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 90-an seperti Alim Kris, Rahmad Mega, Safura, Poey dan barisan artis muda termasuk Haqiem Rusli, Tajul, Afieq Shazwan dan Dolla. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts