PETALING JAYA : Kalau diikutkan, mereka memilih untuk mengundurkan diri dari dunia perniagaan sedia ada dan memberikan fokus pada bidang lain.
Namun bagi pasangan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, mereka tetap mengambil kira soal pekerja dan peniaga di bawah jenama mereka.
“Alhamdulillah kalau ikutkan kami mahu tumpukan pada perniagaan lain. Dengan persiapan yang ada Insya-Allah kami boleh teruskan hidup.
“Tapi kami fikir pekerja dan peniaga kami, mereka juga bergantung harap bagi terus menjana rezeki,” kata Shahida.
Aliff di sisi berkata, mereka memulakan perniagaan ketika usia masih muda sekitar 20-an, jadi memang ada terlintas untuk bertukar ke perniagaan lain termasuk ladang durian Musang King.
“Kami tetap teruskan untuk terus sama-sama memberi peluang mencari pendapatan melalui jenama kami,” katanya.
Aliff dalam pada itu, mengakui menginjak ke usia hampir 40-an beberapa tahun lagi, beliau mahu berubah dan tidak lagi gila-gila.
Katanya, kerana itu dia sudah tidak beraksi di laman sosialnya sejak enam bulan lalu.
“Anak-anak juga makin membesar dan saya mahu berikan contoh yang baik kepada mereka. Lagipun macam-macam saya dah cuba,” katanya.
Beliau bagaimanapun memberitahu bakal muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi.
Aliff dan Shahida ditemui pada majlis penghargaan usahawan di bawah jenamanya D’Herbs Terlajak Laris baru-baru ini.

Pada majlis itu mereka menyampaikan penghargaan buat usaha yang berjaya membuat jualan sehingga mencecah lebih RM2 juta.
Ratu rock negara Ella turut memeriahkan majlis yang diacarakan oleh Sharifah Shahira dan Barrina Mat. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists