KUALA LUMPUR : Penyanyi lelaki popular Khai Bahar menarik nafas lega dan berkongsi rasa gembira kerana dia sudah bebas sepenuhnya dari merokok.
Lantaran tidak hairanlah, lontaran vokal penyanyi ini semakin kemas dan mempamerkan kredibiliti tersendiri.
“Syukur saya sudah tidak merokok sejak setahun lalu dan memang diakui banyak kesan yang baik,” katanya kepada Gayah.
Pelantun lagu Bayang itu turut melirik senyuman manis bila dipuji vokalnya semakin kemas dan baik.
Malah persembahan nyanyian Khai turut mendapat pujian maestro muzik Malaysia Datuk Ramli MS ketika dia berduet dengan Suki Low pada pertandingan Gegar Vaganza Musim ke-8 baru-baru ini.
“Jujurnya saya akui bila tidak merokok saya lebih selesa apabila membuat persembahan. Saya dapat rasa nafas lebih panjang dan tidak tersekat.
“Syukur Alhamdulillah dan saya juga sentiasa berusaha memperbaiki diri dari semasa ke semasa,” katanya.
Khai pada masa sama turut melahirkan rasa teruja apabila akhirnya konsert solonya bakal berlangsung selepas isu konsert yang terpaksa dibatalkan di Istana Budaya seperti dirancang sebelum ini.
Syarikat rakaman Nova Music bakal menganjurkan konsert Nafas Cinta Khai Bahar yang pada 12 Februari (Sabtu ini) di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, jam 9 malam.
“Saya anggap ini rezeki untuk saya tunaikan apa yang saya janji kepada peminat. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dari dulu sampai hari ini,” luahnya.
Lebih manis kesemua 300 tiket konsert itu habis dijual dalam masa beberapa jam selepas dibuka.
Khai bakal menyampaikan kira-kira 20 buah lagu serta bakal menampilkan penyanyi seperti Adira Suhaimi dan Aina Abdul.
Tiket konsert secara virtual juga turut ditawarkan kepada peminat.
Konsert Khai berkenaan mendapat tajaan dana dari MyCreative Ventures. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan