PUTRAJAYA : Kalau sudah tertulis rezeki, tidak ada yang mustahil. Begitulah laluan buat kumpulan Tiro yang membawa pulang wang tunai setengah juta Ringgit Malaysia selepas dinobatkan Juara Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) di sini malam tadi.
Sharif mewakili kumpulan yang turut di sertai Syaiful dan Danial Zaini berkata, mereka tidak meletakkan harapan tinggi, malah menjangkakan bakal tersingkir awal.
“Hasil usaha dan keyakinan kami berjaya mencipta rentak dan chemistry sesama kami dan Alhamdulillah rezeki milik kami,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Dia turut memberitahu, jenama Tiro yang di bentuk untuk menyertai pertandingan MLM2021 akan dikekalkan termasuk dalam beberapa projek yang dirancang.
“Kami ada beberapa perancangan dan mungkin akan rakam single bersama memandangkan Danial memang boleh menyanyi,” katanya.
Sharif dan Syaiful sebelum ini dikenali menerusi kumpulan Zero bersama Atu namun berpisah dalam persaingan MLM kali ini.
Tiro turut merakamkan penghargaan buat artis jemputan mingguan yang turut menyumbang kepada persembahan konsisten kumpulan berkenaan.
“Biasalah pasang surut, kami juga gementar kerana diakui kurang menjadi ketika peringkat separuh akhir, malah kami risau tersingkir.
“Syukur malam ini semuanya berjalan dengan baik dan hasil kerjasama sepasukan,” kata Danial yang mendedikasikan kemenangan itu buat ibunya.
Syaiful yang juga dikenali sebagai Melati menambah, wang kemenangan akan digunakan untuk membeli sampan bagi penduduk kampungnya di Sabah.
“Saya mahu hadiahkan buat penduduk kampung dan kami semua juga akan ke Tanah Suci Mekah,” katanya.
Kemenangan itu sekaligus melayakkan mereka membawa pulang RM500,000 dan sebuah trofi.
Tiro juga satu-satunya kumpulan yang mendapat lima Ha dari barisan juri dalam kedua-dua pusingan persembahan malam final.
Juri MLM2021 dibarisi Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Noh Salleh dan Uqasha Senrose serta Sang Bara iaitu watak yang dibawakan oleh Sharnaaz Ahmad. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad