September 27, 2023

Zurich Prihatin Selamat Nyawa

KUALA LUMPUR : Semua pihak berusaha memainkan peranan dalam membantu memudahkan urusan saat situasi kecemas negara berdepan dengan wabak Covid-19.

Zurich Malaysia (Zurich) antaranya, menyalurkan RM160,000 kepada Hospital Selayang bagi pembelian ventilator (alat bantuan pernafasan) yang segera diperlukan sebagai tambahan kepada kapasiti semasa untuk merawat pesakit dalam situasi yang mencabar ini.

Dana ini disalurkan daripada pengumpulan lebihan perniagaan takaful amnya – Zurich General Takaful Malaysia Berhad (Zurich General Takaful).

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Nazrul Hisham berkata, Zurich komited terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia ketika susah dan senang.

Beliau berkata, pihaknya membuat keputusan untuk menyumbang kepada sektor penjagaan kesihatan apabila difahamkan tentang kekurangan pelengkapan perubatan penting.

Barisan hadapan, para petugas perubatan terutamanya yang banyak berdepan risiko demi melawan wabak Covid-19.

“Kakitangan kesihatan di barisan hadapan telah dan masih bekerja keras bagi mengawal dan menangani pandemik ini.

“Kami berharap lebih banyak syarikat korporat akan turut memberi bantuan dan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan duduk di rumah.

“Kami percaya apabila syarikat korporat dan rakyat saling bekerjasama dengan sektor awam pada saat penting ini, kita dapat meringankan beban sektor kesihatan awam,” katanya.

Gayah respek dengan Zurich. Syarikat insurans juga prihatin. So, janganlah lari kalau jumpa ejen insurans ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts