December 8, 2024

Aliff Aziz Tak Nak Cerai

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz hari ini membuat kejutan mempertahankan rumah tangganya dengan Bella Astillah dan memilih untuk tidak bercerai. 

Penyanyi dan pelakon itu mengakui masih sayang dan akan menggunakan segala ruang serta peluang untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Aliff, 33, berkata perceraian tidak boleh dilakukan dalam keadaan tergesa-gesakl, sekali gus tidak seharusnya dipengaruhi pihak lain.

“Beberapa minggu sebelum ini, semuanya bercampur-baur untuk saya dan pihak lain yang terlibat. 

“Saya akan gunakan semua ruang dan peluang untuk menyelamatkan rumah tangga serta anak-anak saya.

“Saya akui lakukan kesilapan dan Bella turut buat kesalahan tetapi pada akhirnya ini bukan satu keputusan yang boleh dilakukan secara terburu-buru atau tanpa memikirkan pandangan lain dalam segala hal,” katanya.

Juara Gegar Vaganza musim kelapan itu juga sedia berdepan segala dugaan berhubung kemelut rumah tangganya yang semakin meruncing ketika ini.

“Macam saya yang katakan tadi, saya akan harungi setiap halangan mendatang.

“Buat masa sekarang saya mohon doa yang baik-baik daripada semua pihak,” katanya lagi.

Hari ini, Aliff membuat kejutan apabila berpendirian enggan melafazkan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, sedang menurut Bella perkara tersebut telah dipersetujui sejak awal tuntutan dibuat.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian secara ekspres terhadap Aliff namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan atas alasan ada penggambaran drama.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan itu pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh iddah. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts