KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Nabila Razali akhirnya bakal berdepan dengan Ringgo dari kumpulan Arrow selepas kontroversi yang tercetus antara mereka.
Kedua-dua penyanyi itu bakal berduet dan berkongsi pentas di Konsert Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell di Paradigm Mall, Johor Bahru esok.
Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid berkata, Nabila dan Ringgo bakal menyampaikan lagu berjudul Niat Hati Tak Nak Berpisah yang dipopularkan oleh kumpulan Arrow.
“Ini antara tarikan yang kami bawakan di pentas konsert jelajah kali ini bagi mengimbau lagu popular kumpulan Arrow yang hit sekitar tahun 90-an.
“Pada masa sama kita juga menggandingkan dan memperkenalkan penyanyi generasi baharu serta lama di satu pentas yang sama untuk pendengar kami,” katanya.
Nabila yang terkenal dengan lagu Pematah Hati sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila tidak mengenali Ringgo dan menyingkirkan penyanyi itu yang dianggap penyamar pada program I Can See Your Voice.
Nabila mendakwa dia tidak cam penyanyi senior berkenaan ketika rancangan itu berlangsung.
Selain mereka, DJ Lin menambah ada dua lagi gandingan menarik iaitu Fieya Julia dan Wan Lestari yang berduet menerusi lagu Mahligaimu Dari Air Mataku.
Katanya, Siti Nordiana pula akan bersama Floor 88 membawakan lagu Gurauan Berkasih.
Selain penyampai Suria FM, jelajah itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Boboy. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya