February 9, 2025

Syamel Lengkapi Ernie

Duo legit tanah air, Ernie Zakri dan Syamel masing-masing mengakui saling melengkapi antara satu sama lain dan selesa dengan penerimaan baik ramai pihak terhadap paduan mereka berdua.

Ernie mengakui, Syamel sebagai pelengkap bagi dirinya saat mahu berpadu suara di atas pentas dan perkara yang sama disenangi oleh pasangannya itu.

Ernie Zakri yang memiliki kredibiliti vokal sangat baik.

“Kami terima baik dengan rasa senang ramai pihak terhadap paduan kami berdua dan kami sendiri tidak sangka sambutan yang diberikan sangat baik.

Jujurnya, kami profesional di atas pentas dan masing-masing tahu kelebihan tersendiri serta faham bahawa duet ialah mengenai gandingan dan keserasian antara dua suara yang bergabung,” katanya Ernie.

Syamel juga utamakan kerjaya nyanyin solo.

Syamel menambah, dirinya juga tidak ambil pusing apabila ada dalam kalangan peminat yang berharap mereka mempunyai hubungan yang lebih dari sekadar rakan duet.

“Itu penilaian masing-masing dan kami tidak ada masalah mengenainya yang pasti saya dan Ernie saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Pada masa sama, kedua-duanya juga berharap peminat dan semua pihak maklum bahawa mereka tetap meletakkan kerjaya nyanyian solo sebagai yang utama.

“Kami penyanyi solo dan ada perancangan masing-masing. Meskipun kami duet, invoice kami tetap berasingan,” kata Syamel tertawa.

Terkini, kedua-dua mereka mengakui teruja apabila menjadi antara penyanyi muda yang mendapat kepercayaan menjayakan persembahan minggu setiausaha di Hotel Marriot Putraya.

Impian sejak dua tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan bagi Syamel dan Ernie.

An Afternoon of Elegance with Syamel & Ernie Zakri – When Heart Needs A Beat bakal berlangsung pada 24 April dengan 12 lagi bakal dipersembahkan termasuk solo dan duet.

Persembahan julung kali menampilkan duo itu sempena minggu setiausaha dibawakan oleh Nafis Global Resources Sdn Bhd.

Gayah memang suka pasangan duet ini. Persembahan ini juga pastinya menarik. Soal perasaan dan hati mereka, kita jangan masuk campurlah ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts