Tahniah buat TV3 Malaysia, apabila sekali lagi berjaya melakar momen berprestij industri muzik tempatan menerusi penganjuran Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL33) di Axiata Arena, Ahad malam.
Sebelum menelusuri cerita AJL33, Gayah bawakan kepada anda corat coret AJL33 yang mungkin tidak diketahui oleh penonton di rumah.
Meskipun ada reaksi pegun beberapa saat sebaik Juara diumumkan, semua akur pada yang dinamakan rezeki. Tahniah untuk pasukan Haram yang berjaya mencuri hati juri.
Jom Gayah bawakan kepada anda Corat Coret AJL33:
- Pelakon Arja Lee muncul sebagai seorang daripada penari yang mengiringi Syamel menerusi lagu Kau Pun Sama. Gayah pun boleh menarilah.
- Sherry muncul di pentas dengan bermain drum menanti Alif Satar ke pentas bagi membuka pentas AJL33. Gayah memang respek dengan Sherry.
- Amy dan sebahagian anggota Search berada di atas platform setinggi bangunan dua tingkat. Gayat Gayah, kus semangat!
- Pengacara tak tahu ya, giliran persembahan memang semua dah tahu. Masa sidang media dah diumumkan giliran. So, tidak adalah yang hairan. Gayah tetap suka pengacara AJL33. Onz.
- Hairan juga, giliran persembahan tiba-tiba berubah berbanding undian yang dibuat pada sidang media sebelum ini. Perasan tak? Gayah keliru tapi baik-baik sahaja.
- Wow Datuk Syafinaz Selamat muncul iringi persembahan Hajat nyanyian Hael. Bijak strategi you Hael. Gayah ingat suara Hael. Gayah suka!
- Satu Axiata Arena paling gamat bersorak bila Sufian Suhaimi dendangkan Di Matamu. Emosi dan merinding. Terbaik Pian. Gayah sebak!
- Pelamin yang dibawa naik ketika persembahan Sufian adalah hasil rekaan pereka pelamin Yuna. Hebat bukan?
- Dua orang penulis lirik lagu Sampai Bila tidak pernah berbincang kisah lagu itu. Mereka tulis asing-asing, sebelum disatukan. Hebat Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri.
- Misha Omar menangis sebaik tamat persembahan. Gayah suka Misha.
Persembahan Terbaik: Sufian Suhaimi / Di Matamu
Vokal Terbaik: Misha Omar / Sampai Bila
Juara: Haram / Hael dan Dayang Nurfaizah
Ke dua: Bunga / Ara Johari
Ke tiga: Sampai Bila / Misha Omar
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia