KUALA LUMPUR: Pelakon dan ratu fesyen Rozita Che Wan terkejut apabila 20,000 helai tudung bawal jualannya licin sebaik dilancarkan Sabtu lalu.
Lebih mesra disapa Che Ta, jualan berkenaan berlaku kurang dari tempoh dua jam sebaik dilancarkan.
“Buat kali pertama saya lancar dan jual Tudung Bawal Che Ta jual harga serendah RM25 sahaja dengan lima pilihan warna.
“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan yang sebegini.
“Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya,” kata pelakon Kiah Pekasam itu.
Che Ta menambah koleksi sempena sambutan Ramadan dan Syawal juga bakal dilancarkan dengan harga mampu milik pada kualiti tanpa kompromi.
“Nantikan kerana pasti akan ada edisi istimewa sempadan sambutan puasa dan hari raya nanti. – GayahIsTyping
You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Raikan Ramadan & Syawal – Julung Kali Di Damas Ramadan Market
-
Lebih 80 Hidangan Citarasa Nusantara – The Venue X Achara Saji Juadah Berbuka Berbaloi
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi