Sejak kecil, Gayah sudah melihat ‘wajah comel’ sering menghiasi papan iklan gergasi. Bukan itu saja, wajah model, pengacara dan pelakon kacukan India-Scotland, Amelia Henderson, 23, sering menghiasi kaca TV dengan iklan-iklan komersil.
Itu belum lagi drama-drama yang dibintangi seperti sitkom Adam, Kasut Tumit Tinggi, Keluarga Pontimau dan banyak lagi.
Bagaimanapun, Gayah dengar populariti yang diraih sejak kecil menimbulkan ‘cemburu’ sehingga dibuli dan tiada yang sudi berkawan dengannya ketika zaman sekolah.
Amelia melangkah ke dunia seni sebagai model jenama barangan kanak-kanak terkemuka dunia seawal usia 10 bulan. Sejak itu, dia tidak henti-henti bekerja sehingga usianya 12 tahun.
“Saya pernah rasa putus asa dalam industri hiburan. Saya keletihan dan tiada masa menikmati zaman kanak-kanak dan remaja seperti orang lain.
“Ketika rakan lain ke majlis hari jadi dan keluar bermain peluncur ais bersama, saya pula sebaliknya, terlalu sibuk mengejar kerja.
“Di sekolah pula, saya sering dibuli. Saya tidak tahu macam mana mahu menyesuaikan diri berkawan dengan mereka seusia,” katanya.
Pelakon filem Talentime dan Pisau Cukur itu berkata, ini kerana dirinya sudah biasa berkawan dengan rakan artis yang lebih matang ketika di lokasi penggambaran.
“Pelajar berusia lapan tahun tentunya suka berbual mengenai games dan cerita kanak-kanak, saya pula sudah fikir ke depan dan matang,” katanya.
Gadis kelahiran Ampang, Selangor yang kini bergelar penyanyi itu berkata, apabila mukanya terpampang di papan iklan gergasi yang menjadi laluannya ke sekolah, ia menimbulkan masalah yang lebih besar.
“Kawan sekolah panggil saya ‘Cadbury Girl’ apabila saya diberi peluang menjadi model produk berkenaan.
“Setiap hari saya kena maki, mereka ingat saya sombong. Ketika itu, tiada siapa mahu berkawan dengan saya.
“Saya sedih dipinggirkan hanya kerana saya seorang selebriti. Setiap kali waktu rehat, saya duduk berjauhan dengan orang lain sambil membaca buku dan makan sandwich yang dibekalkan,” katanya.
Hingga kini, Amelia berkata dia tidak tahu kenapa mereka tidak mahu berkawan dengannya. Mungkin mereka fikir golongan selebriti sombong.
“Bukan saya tidak cuba mahu berkawan, tetapi mereka enggan menerima. Mungkin saya seorang pemalu jadi mereka beranggapan saya sombong,” katanya pernah dipilih menjayakan filem animasi popular Amerika, Barbie In A Christmas Carol pada 2008 kerana kefasihan berbahasa Inggeris slanga British dan Amerika.
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan