KUALA LUMPUR: Kami Sempoi International Agency (KSIA) terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan atau pempengaruh TikTok di aplikasi dan platform media sosial berkenaan.
Selain dinaungi 1,300 live host TikTok di Malaysia, syarikat agensi lokal TikTok ini turut berjaya meluaskan empayar mereka di Indonesia dan Singapura apabila memiliki 100 live host TikTok (Singapura) dan 550 live host TikTok (Indonesia) serta dinaungi 21 sub agensi secara keseluruhan.
Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee berkata, pihaknya benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dicapai mereka itu dalam tempoh yang singkat.
“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami.
“Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mereka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini,” katanya pada sidang media yang diadakan baru-baru ini.
Menurut Pakcik Swee Tin lagi, KSIA memang benar-benar komited dengan usaha mereka untuk terus melahirkan live host TikTok yang berjaya menghasilkan konten menarik dan bermanfaat, mempunyai pengikut yang ramai serta pada masa yang sama berjaya menjana pendapatan bulanan yang tinggi.
“Bahkan, kami juga mahu menjadi syarikat agensi yang dapat membantu golongan masyarakat di luar sana untuk menjadi live host TikTok.
“Jadi, pada mereka yang ingin nak jadi live host TikToker bolehlah datang ke KSIA dan kita akan cuba berikan latihan dan tunjuk ajar sebagai persiapan untuk mereka menggapai impian mereka itu,” katanya.
Apa yang membanggakan, kata Pakcik Cin Swee, live host mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia iaitu daripada selebriti, profesional, usahawan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).
KSIA juga memiliki lebih 30 orang selebriti sebagai host live TikTok. Antaranya, adalah pelakon Riezman Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Abang Don, Nita Hamzah Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Nadia Musthapa serta Acong Sweetchild.
“Bagi live host TikTok golongan selebriti, selalunya kita bagi mereka kelonggaran untuk menyertai latihan yang disediakan kerana kita amat memahami kesibukan dan komitmen mereka terhadap kerjaya seni mereka,” katanya.
Pada sidang media itu, aktor Riezman Khuzaimi atau Abang Don telah dilantik sebagai duta KamiSempoi International Agency.
Dia berkata pemilihan Riezman Khuzaimi dilakukan kerana dia adalah antara live host TikTok yang pernah menjana pendapatan yang tinggi dan kini sudah membuka sub-agensinya di bawah KSIA. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran