Wawa Cosmetics milik pelakon cantik Wawa Zainal belanja 100,000 unit sunscreen untuk kanak-kanak sempena pelancaran produk Wawa Mummy Baby Sunscreen baru-baru ini.
Wawa berkata produk itu boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian sunscreen dewasa selagi stok masih ada.
Bercerita mengenai produk terbaru itu, Wawa berkata ramai ibu bapa yang ragu-ragu untuk pakaikan anak-anak sunscreen dewasa, jadi saya bantu terutama pada yang kulit sensitif.
“Baby Sunscreen ini diformulasikan secara mineral base yang sangat bagus untuk kulit budak-budak.
“Kami jual dengan harga RM12 untuk saiz kecil manakala saiz besar berharga RM35,” katanya pada majlis pelancaran produk yang turut diadakan serentak dengan sambutan hari lahir dua anaknya Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3, pada Sabtu lalu.
Wawa dan suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel menghadiahkan dua unit kondominium kepada setiap anak-anaknya yang menyambut hari lahir itu.
Wawa, 33, berkata keputusan membeli rumah yang terletak di Bangi, Selangor adalah sebagai aset untuk masa depan.
“Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka.
“Rumah yang dibelikan tidaklah terlalu mahal, berpatutan saja. Mengenai harga, rasanya tak perlu saya kongsikan,” katanya.
Tambah Wawa, dia dan Aeril menyediakan setiap orang anak kediaman masing-masing di samping menyimpan wang bagi kegunaan pembelajaran atau kecemasan yang tidak diduga.
“Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah. Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Semua itu hasil perniagaan kami.
“Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku,” katanya.
Selain Ayya dan Fahri, Wawa dan Aeril yang berkahwin pada 2013 turutan dikurniakan dua cahaya mata lagi iaitu Ahmad Fakhruddin Attar , 11 dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur