February 25, 2024

Al Fatihah M Daud Kilau

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagenda dengan identiti persembahan tersendiri, Datuk M Daud Kilau meninggal dunia pada pukul 4.46 petang tadi, di Hospital Teluk Intan, Perak. 

Berita itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52, yang memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

“Ayah saya memang ada penyankit diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.

“Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak,” katanya.

Memetik laporan MStar, Zaini berkata doktor sepatutnya mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah tidak stabil.

“Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.

“Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama,” katanya.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, esok. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts