October 4, 2024

Dikatakan Ulangi Kesilapan – Ustaz Don Daniyal Anggap Hanya Salah Faham

Ustaz Don Daniyal menganggap dakwaan kononnya beliau mengulangi kesilapan membabitkan petikan hadis sebagai salah faham.

Bagi pendakwah itu, tidak timbul isu memetik hadis salah yang tidak disebut langsung olehnya ketika bersiaran pada rancangan Salam Baitullah di TV1 Khamis malam.

“Saya tidak sebut saya memetik hadis tetapi saya menyebut saya memetik kitab yang ditulis oleh Imam An Nawawi Al Bünyan’ı berjudul Tanqihul Qaul Al Hadith yang menghuraikan (Syarah) Kitab Lubab Al Hadith.

“Beliau juga merupakan orang Melayu (Nusantara) yang menjadi imam Masjidil Haram.

“Mana mungkin Imam ini menulis perkara yang salah dan kalau saya saya memetik kitab itu maksudnya Imam itu juga melakukan kesilapan.

“Imam ini dimakamkan perkuburan Ma’la,” katanya dalam sesi sembang bersama media di restoran miliknya Smoked Kingdom by Don Daniyal.

Terdahulu, media melaporkan tindakan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi mencetuskan kontroversi dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1, semalam tidak lagi mampu menyelamatkannya.

Baru muncul semula selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman beri bayangan kekecewaan ekoran tindakan pendakwah popular itu.

Ustaz Don sekali lagi dikatakan mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan hadis lemah dalam program Salam Baitullah, malam kelmarin.

“Memandang kepada wajah guru lebih baik daripada sedekahkan 1,000 kuda ke jalan Allah,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz Don berkata apa yang dipetik itu bertujuan menggalakkan masyarakat memuliakan guru dan ia dipetik dalam kitab yang ditulis.

“Mereka mendengar hanya dari satu pihak sahaja tanpa menyiasat atau memperincikan lebih mendalam hal dibangkitkan dan kemudian situasi dimanipulasi,” katanya.

Menurutnya, sepanjang 14 tahun sebagai penceramah ini kali pertama dia membuat pencerahan bagi menjelaskan dakwaan sekali lagi menggunakan hadis lemah dalam program berkenaan.

“Bukan kali pertama saya berhadapan situasi seumpama ini tetapi inilah kali pertama saya membuat sidang media untuk menjawab spekulasi,” katanya.

Ustaz Don juga berlapang dada dan bersyukur kerana kredibilitinya masih terpelihara serta meneruskan dakwah seperti biasa.

“Saya maafkan semua sebab malu saya kepada Imam Syafie kerana Imam Syafie memaafkan semua orang menyebabkan beliau terpenjara, saya belum saya (dugaan) sikit saja,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts