February 11, 2025

Aali Mateen Hero Baru Ayda Jebat 

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat dan suaminya, Nabil Mahir sepakat memilih Aali Mateen sebagai nama bagi bayi lelaki mereka. 

Ayda mengumumkan nama cahaya mata lelakinya yang dilahirkan pada 12 Disember menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Ayda berkata, dia dan suaminya, Nabil Mahir mengambil waktu yang lama untuk memilih nama itu.

 

“Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil.

“Lama juga memikirkan nama anak lelaki kami ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyayangi ibu dan ayahmu. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua,” tulisnya.

Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Ayda hanya berkongsi wajah comel Aali di bahagian hidung dan mulut untuk tatapan peminatnya.

Malah Ayda juga sudah mencipta akaun peribadi Aali yang kini sudah memiliki hampir 1000 pengikut.

Perkongsian penyanyi lagu Pencuri Hati itu mendapat lebih 20,000 tanda suka dan hampir 200 komen ketika berita ini ditulis. 

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts