January 19, 2025

Mira Filzah & Refal Hady Bergandingan

KUALA LUMPUR : Lama tidak muncul di garis masa media, dalam diam Mira Filza membawa diri ke Indonesia dan dikhabarkan bertemu dengan aktor kacak di sana, Refal Hady.

Masakan tidak, Mira diumumkan sebagai seorang daripada pelakon di dalam filem terbaharu arahan Hanung Bramantyo berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

Filem itu merupakan adaptasi novel terlaris karya Phutut EA turut dibintangi oleh pelakon Nadya Arina, Carissa Perusset serta Refal Hady yang menjadi pelakon utama filem berkenaan.

Pelakon Cinta Si Wedding Planner ini meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila terpilih untuk terlibat di dalam filem arahan Hanung Bramantyo itu.

‘’Sejujurnya Mira rasa sangat teruja, terharu dan bersyukur dapat terlibat di dalam filem ini kerana sememangnya untuk melebarkan sayap ke Indonesia sudah menjadi Impian Mira sejak dahulu lagi.

“Jadi apabila dipilih untuk terlibat di dalam filem ini dan bekerjasama bersama sutradara tersohor Indonesia, Hanung Bramantyo, satu kebanggaan buat diri Mira sendiri.

“Di dalam filem ini, Mira memegang watak sebagai Sarah, seorang doktor dari Malaysia yang bertemu dengan Daku Ramala lakonan Refal Hady dan kemudiannya mereka mula berkawan rapat, namun seperti judul filemnya, cinta mereka tak kesampaian,” katanya.

Mira menambah, dia juga rasa teruja kerana dapat berlakon bersama pelakon pelakon lagenda Indonesia seperti Dwi Irawan dan Slamet Rohardjo. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts