December 8, 2024

Menangi RM25,000 Di Pantai Timur Food Festival

SEPANG : Hampir 100 gerai menanti pengunjung di Pantai Timur Food Festival yang bakal berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober ini di Anjung Floria Persint 4, di Putrajaya. 

Lebih menarik pengunjung boleh membawa seisi keluarga kerana masuk adalah percuma dengan pelbagai pilihan makanan serta gerai jualan.

Turut menanti pengunjung ialah hadiah cabutan bertuah bernilai RM25,000 termasuk sebuah motosikal, barangan elektrik dan wang tunai.

Festival anjuran Mek Noor Nasi Dagang itu juga membariskan artis seperti Issey Fazlisham, Ani Mayuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi dan Serina Redzuan.

 

Turut serta ialah Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan pemegaruh media sosial Mami Dedi.

Ustaz Akhil Hay serta penyampai radio Gegar, Shah juga bakal memeriahkan suasana festival itu.

Selain gerai jualan makanan, aktiviti lain juga bakal diadakan seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.

Wakil Mek Noor Nasi Dagang berkata, selain mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan berminat untuk berniaga pada kadar sangat berpatutan.

“Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga. 

“Usahawan juga wajar merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival selama tiga hari itu. 

“Kami juga mahu memperkenalkan lagi seni budaya tiga negeri Pantai Timur kepada orang ramai termasuk generasi muda dan pelancong,” katanya.

Harga booth juga sangat berpatutan iaitu RM1,500 untuk tiga hari.

Mereka yang berminat boleh ikut Pantai Timur Food Festival di laman sosial iaitu @pantaitimurfoodfestival (Instagram) dan Pantai Timur Food Festival (Facebook Page). – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts