KUALA LUMPUR : Ternyata kemesraan hubungan bersama suami, Aidil Aziz yang sering dikongsikan Fasha Sandha membawa impak positif aktres jelita itu sekali lagi dipilih sebagai duta produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, pemilihan Fasha Sandha yang sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga sesuai mewakili produk Beunita.
“Nak bercinta, mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada pihak suami dan isteri.
“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.
“Beunita merupakan salah satu konsep produk kami juga, iaitu merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Paling penting, kami juga memilih atas dasar Fasha seorang yang sangat komited,” katanya.
Tambah Dini, Fasha Sandha juga dipilih membawa nama Beunita kerana personaliti aktres ini yang terserlah kewanitaannya.
Proses pembuatan Beunita mengambil masa kira-kira empat bulan dan ia dihasilkan dengan mengambil kira setiap masalah para wanita dan menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah masalah tersebut.
Sementara itu, menurut Fasha Sandha pula, sebagai seorang wanita yang bekerjaya, ibu dan juga isteri, sudah pasti dia memerlukan tenaga yang luar biasa supaya dapat menjalankan setiap tanggungjawab dengan baik.
“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa sama wanita berkerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.
“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.
“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para wanita yang mempunyai masalah masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” katanya.
Beunita dilancarkan hari ini di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras.
Pelancaran hari ini berkonsepkan “Puteri Perak” yang bermaksud, resepi asli jamu daripada 3 orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium. Selain itu, Inayah Beauty yang berasal dari Seri Manjung, Perak juga merupakan salah satu sebab mengapa “Puteri Perak” dijadikan sebagai konsep utama kami kali ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual