KUALA LUMPUR : Hampir 500 peserta banjiri Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang bersempena program kayuhan ‘Fun Ride Mega Suria’ yang diadakan pada 26 Ogos lalu.
Program kayuhan hasil kerjasama Suria FM dan Himpunan Basikal Lipat Kebangsaan ini dimeriahkan dengan barisan penyampai Suria FM, Tyzo, Rara, Cik Piah dan DJ Lin serta para peminat sukan berbasikal dari sekitar negeri Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Aktiviti kayuhan melibatkan dua jarak sejauh 34 kilometer dan 66 km itu bermula dari tapak Serambi Teruntum, Kuantan, kemudian melalui beberapa kawasan seperti di Pantai Sepat, Masjid Cherok Paloh, Petronas Ubai, Penjara Penor, dan berakhir di tapak pemula di Serambi Teruntum.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada semua peserta yang memberi sokongan menyertai program berkenaan.
“Kami di Suria FM sangat teruja dan bersyukur diatas sambutan luar biasa dari para peserta, kami menjangkakan sekitar 100 orang peserta yang menyertai program ini, tetapi penyertaan pada kali ini melebihi sasaran kami.
“Selain simbolik meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, diharapkan juga program ini dapat mempereratkan hubungan antara komuniti setempat daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang”.
“Selain program kayuhan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya persembahan BMX Freestyle Flatland dari pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2019, Sheikh Muhammad Taslim Shaikh Mohd Raziff atau lebih dikenali sebagai Botak Kuantan, kemudian acara diteruskan lagi dengan sesi soal jawab mudah bersama penyampai Suria FM, Cik Piah dan Rara,” katanya.
Lebih menarik, peserta juga berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah seperti topi basikal, voucher Gofondo bernilai RM 30, baju t-shirt, tiang bendera basikal, hamper, barangan eksklusif Suria.
Fun Ride Mega Suria 2.0 sempena Karnival Mega Suria pada 17 September depan (Ahad) bertempat di Padang Timur, MBPJ , Petaling Jaya, Selangor. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan
-
Yayasan Prihatin Salur RM1.5 Juta Sumbangan – Siri 25 Jelajah Ramadan Seluruh Negara
-
Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin Dan Cuckoo Anjur Majlis Silaturahim – Ceriakan Sambutan Syawal Mereka Yang Memerlukan