January 23, 2025

Sambutan Hari Lahir DJ Lin : Lupa Sakit Dek Kasih Tulus Peminat

UJONG PASIR: Kasih sayang peminat penyampai radio paling popular DJ Lin Suria Cinta, mekar dan ikhlas tergambar pada majlis ulang tahun yang dianjurkan baru-baru ini.

Baik yang solo, berkeluarga serta beranak pinak memeriahkan majlis anjuran kelab peminatnya DJ Lin Followers di Restoran Rumah Makan 100 Tahun di sini.

Lebih bermakna ada yang berkerusi roda malah paling istimewa pasangan pengantin yang baru saja sah bernikah pada sebelah pagi turut hadir memeriahkan majlis.

“Ya mereka baru bernikah pagi tadi tengoklah inai masih pekat di jari. Terima kasih tetap hadir memberi sokongan,” kata Pengurus Besar Suria FM itu.

Kata pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid, majlis itu menjadi destinasi pertama DJ Lin dalam siri jelajah bertemu peminat bagi tahun 2023.

Pasangan pengantin yang baru bernikah hadir majlis hari lahir DJ Lin

Tambahnya, majlis membabitkan kira-kira 100 orang itu kali pertama sesi bertemu peminat di adakan di Selatan dan Melaka menjadi negeri pertama.

“Saya berasa sangat terharu di atas sambutan hebat yang diberikan oleh peminat Lin di Selatan ini dan lebih bermakna, ada yang sanggup datang dari Muar,Johor Bahru, Pahang , Shah Alam, Perak dan Negeri Sembilan.

Ternyata sokongan peminat tidak berbelah bagi terhadap saya, kerana bukan sahaja peminat baru malahan ada antara yang hadir merupakan peminat sejak 12 tahun lalu sejak kelab peminat mula ditubuhkan pada tahun 2010,” ujarnya.

Lantaran, penyampai radio ikonik itu mengagahkan diri meskipun masih belum pulih sepenuhnya setelah mendapat rawatan di hospital sebelum itu.

“Peminat adalah segalanya bagi saya selain keluarga. Tanpa peminat saya bukanlah siapa

“Saya kuat demi peminat dan saya terus bertahan juga adalah berkat doa dari peminat dan 2023 sangat istimewa kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun saya yang ke-47 bersama peminat tercinta.

“Sudilah untuk terus mendoakan saya segera pulih dari apa jua sakit yang sedang dihadapi dan doakan juga agar saya dapat terus fokus mengemudi Suria FM dan impian saya pada tahun ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan baru buat Suria FM”,” katanya sebak dan penuh makna. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts