April 23, 2025

Ibu Tak Sempat, Tapi Allah Gantikan…

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini usahawan selebriti dan pemengaruh melakar satu lagi kejayaan manis untuk produknya Avenys apabila melancarkan premis perniagaan pertama di Alpha Angle, Kuala Lumpur.

Di sebalik detik bermakna itu, ada rasa sebak yang bersarang di ruang hatinya kerana ia tidak sempat disaksikan oleh ibunya yang sudah pergi dijemput Illahi.

“Memang rasa yang bercampur baur bagi saya. Apapun syukur kepada Allah akhirnya usaha saya bersama suami dan pasukan Avenys serta usahawan kami hari ini semuanua tercapai.

“Ini tahun ketujuh kami berada di dalam market, dan ini ada lah retail store yang pertama bagi Avenys. Ia dikira sebagai satu kejayaan yang besar bagi avenys,” katanya.

Tambah Aleeya, tujuan pembukaan premis jualan itu ialah untuk memudahkan orang ramai melihat, rasa , dan cuba sendiri produk secara fizikal berbanding hanya melalui online.

“Malah kami berhasrat untuk groom our dealer untuk terbang tinggi bersama avenys dengan bersama membuka kedai. Kami HQ akan support dari segi persiapan , marketing dan lain lain,” katanya.

Kembali menelusuri hatinya, Aleeya bersyukur kepada Allah kerana melalui Avenys dia bagaikan mendapat pengganti bukan seorang tetapi beratus pelanggan lain yang tak ubah seperti ibunya.

“Bayangkan saya selalu menerima nasihat daripada ibu-ibu saya yang juga pengikut di laman sosial serta usahawan saya yang tak jemu menyokong.

“Lebih manis dan membuat saya bahagia mereka selalu mendoakan saya. Betapa bertuahnya saya,” katanya.

Turut bersedih suami Aleeya yang kenali dengan panggil mesra Big Boss atau nama sebenarnya Azri Aziz yang kehilangan bapanya Disember lalu.

“Memang sedih tapi saya tetap gembira dengan kejayaan ini dan akan sentiasa ingat pesan arwah agar jujur serta rajin dalam berniaga,” katanya.

Sementara itu, Avenys melancarkan lima haruman mandian iaitu Midnight Dream, Autumn Kiss, Twilight bliss, Rose paradise
dan Seabreeze. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts