November 27, 2022

Jom Uji Bakat TV3

KUALA LUMPUR: Jika anda seorang yang berbakat dalam nyanyian dan bercita-cita mahu menjadi seorang penghibur yang versatil, jangan ketinggalan untuk hadir ke sesi uji bakat pada hujung minggu ini!

Penyertaan program nyanyian terbaharu ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 30 tahun serta berkebolehan untuk bernyanyi dalam pelbagai genre MUZIK dan hanya menerima penyertaan secara solo.

Anda dialu-alukan untuk hadir ke sesi uji bakat yang bakal berlangsung pada 2 dan 3 Julai 2022, bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Sila bawa kad pengenalan, gambar terkini dan ‘minus one’ ketika hadir ke sesi uji bakat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts