Tepati mood suasana raya, Gandingan suara tujuh penyanyi vokal mantap!
PUTRAJAYA: Tidak keterlaluan andai dikatakan lagu Riang Ria Lebaran bakal menjadi malar segar dan antara lagu raya baharu yang menaikkan dan menggamit mood Syawal.
Lebih menarik dalam lagu ini Ayu Damit menjemput enam lagi rakan penyanyi lain iaitu Bob Yusof, Syura, Asmidar, Shah Iran, Aruel Ariel dan Fitri Hiswady.
Single yang dilancarkan semalam itu ciptaan KD Records dan lirik oleh KD Records dan Ayu sendiri.
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 33, idea Riang Raya Lebaran tercetus selepas mengenangkan keterbatasan umat Islam khususnya untuk menyambut lebaran susulan pandemik.
“Awalnya rancang untuk menyanyikan lagu ini secara berpasangan, dua lelaki dan dua perempuan. Bagaimanapun bila saya nyatakan hasrat untuk buat lagu raya, kawan-kawan lain pun berminat.
“Jadi apabila melihat kepada reaksi baik mereka, saya ambil keputusan untuk bawakan lagu itu beramai-ramai. Mengapa tidak kan? Barulah nampak meriah. Kiranya ia imbau memori lagu-lagu raya era 2000 dulu yang tampilkan ramai penyanyi dalam sesebuah naskhah.
“Alhamdulillah dipermudahkan. Masing-masing saling membantu dan curah idea demi memastikan lagu ini menjadi seperti mana yang diharapkan. Riang Ria Lebaran juga mendapat sokongan daripada FMC Music,” katanya.
Ayu berkata demikian ketika ditemui di Pak John Steamboat & BBQ Buffet IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Ditanya sama ada Ayu sanggup berhabis demi lagu raya ketiganya itu, ibu kepada tiga cahaya ini meletakkan kepuasan sebagai keutamaan di dalam berkarya.
“Bagi saya apa yang mustahak, kita puas hati. Itu sudah memadai. Sebab kalau melihat kepada kesungguhan kawan-kawan dalam memberikan komitmen, saya rasa terharu. Nak buat ‘cincai’ tak boleh juga.
“Projek ini tak akan berjalan kalau seorang. Ia hasil kerja sepasukan. Bayangkanlah dalam lagu ini pun, kita ada tiga guru vokal iaitu Bob, Aruel dan Fitri. Begitu juga dengan Asmidar, Syura dan Eranz yang kita sudah sedia tahu kualiti vokalnya. Adanya mereka saya kira ia melengkapi,” katanya lagi.
Muzik video Riang Ria Lebaran boleh ditonton di saluran youtube FMC Music bermula 21 April jam 8 malam dan lagu ini boleh didapati di semua platform digital mulai 22 April 2022. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad