November 27, 2022

Awesome TV Saji Lebih 150 Program Raya

KUALA LUMPUR: Raya sakan dengan Awesome TV menerusi lebih 150 buah pengisian istimewa menerusi kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ sempena musim perayaan secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) mulai 2 Mei ini.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata
program istimewa yang disusun merangkumi pelbagai genre seperti kandungan hiburan berbentuk ‘spin-off’, variasi, muzikal, sketsa, komedi, telefilem, drama bersiri, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa termasuklah filem-filem Bollywood.

“Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan lebih meriah dengan kehadiran
Awesome TV yang akan setia menemani para penonton sepanjang Syawal. Selamat menonton,” katanya.

 

Berikut adalah antara sajian program-program menarik dari Awesome TV.

  • ‘Konsert Mic On! Raya’ dengan
    penampilan istimewa Mas Idayu, Black, Tomok, Ajak Shiro, Ropie serta peserta program ‘Mic On!’ musim pertama dan kedua.
  • Telefilem hebat ‘Takbir Semalam’ lakonan mantap Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Siti Hariesa.
  • Telefilem ‘Jeman’ arahan sutradara tersohor Rashid Sibir yang
    dibintangi oleh Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana.
  • Telefilem ‘Mat Ri Ye Pak Din’ yang dilakonkan oleh Sharif Zero, Sabri Yunus, Mak Engku dan Cahaya Nilam.
  • Telefilem ‘Nawfal Nak Raya’ yang
    menampilkan gandingan Nadiya Nisaa, Jay Nazif, Beto Kusyairy, Ain Sufiya dan Fudail
    Dayyan.
  • ‘Syurga Nur Muhammad’ yang diterajui oleh Puteri Sarah, Raja Afiq, Danish Hazriq, Badrul Muhayat dan Lan Siro.
  • ‘Perang Malam Ini Raya’, ‘Roller Kata Raya’, ‘Memoria Raya’, ‘Jawapan Panas 2’, ‘Rumah Insaf’, ‘Chit Chat Ustaz Raya’, ‘Ramadrama’ dan banyak lagi. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts