Teruja Anjur 75 Jam Starvendors Mega Raya, Bakal Cipta Malaysia Book of Records
KUALA LUMPUR: Selebriti serba boleh Ifa Raziah enggan melayan kata-kata kononnya dia memakai barangan kemas palsu seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Bagi dirinya, terpulang apa jua tanggapan orang dan dia tidak ada masa untuk melayan hal itu.
“Biarlah apa orang nak kata. Saya pakai saya tahu. Lagipun saya pakai untuk majlis tertentu bukan sepanjang masa.
“Setiap kali saya gayakan barangan kemas ini, saya ada lima pengawal peribadi yang pantau saya untuk langkah Keselamatan,” katanya selepas ditanya mengenai keberaniannya mengenakan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit.
Bagi pemilik nama Saripah Raziah Mustapha,47, antara tujuan dia memakai aksesori itu ialah sebagai motivasi atas hasil usahanya dalam perniagaan, selain tidak menafikan mentaliti masyarakat bahawa seseorang usahawan itu perlu menunjukkan aset bagi membuktikan dirinya berjaya dan boleh dipercayai.
“Marketing yang orang tengok zaman sekarang ini, mereka yang tengok benda yang ‘ada’. Barulah orang ingat kau berjaya. Kalau tak tunjuk kereta empat lima buah atau ada emas berkilo-kilo contohnya, kau tidak berjaya.
“Itu pandangan orang, saya pun tidak faham. Mentaliti masyarakat kita begitu… tak boleh nak ubah. Habis tu macam mana saya nak buat? Saya punya cara tak tunjuk itu semua (wang ringgit) kecuali saya pakai barang kemas sajalah, ” katanya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Ser Ser Ser ini ditemui pada sidang media StarVendors Mega Fest Raya 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.
Turut dilancarkan ialah lagu dan muzik video Mega Raya yang dipersembahkan Ifa bersama 20 selebriti tanah air.
Selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan ekoran penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara, pastinya kemunculan semula StarVendors Mega Raya Fest 2022 memberikan nafas baharu buat usahawan tempatan.
Kali ini StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya telah dipersetujui dan disokong penuh oleh Kemeterian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Corp Malaysia.
Ifa selaku Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn Bhd optimis terhadap penganjuran kali ini.
“Kita berhasrat untuk buat rekod baru iaitu selama 75 jam jualan tanpa henti sekaligus akan tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Sebelum ini hanya 72 jam sahaja.
“Ia akan bermula 9 pagi pada 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengahari pada 25 April. Seramai 55 artis akan bergabung bersama para usahawan vendor lain,” katanya lagi. – GayahIsTyping
You may also like
-
8,000 Banjiri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire – Lahir Bakat Pelapis Industri
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dedah Kisah Untold Story – Wajib Tonton Teater Dang Anum Versi The Redholah