December 8, 2024

Kelakar Tapi Kurang Ajar, Admin Group FB Umum DJ Lin Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Penyampai Suria FM DJ Lin terkejut apabila membawa satu pesanan kiriman peminatnya mengenai sebuah kumpulan di Facebook mengumumkan dirinya meninggal dunia malam tadi.

Bercakap kepada Gayah, Pengurus Besar Suria FM itu berkata dirinya harian mengapa masih wujud manusia seperti itu pada hari ini yang disifatkan sangat tidak bertanggungjawab.

“Saya baru habis ke udara dan rakan untuk program raya. Seperti biasa balas pesanan peminat. Tiba-tiba nampak ada satu kiriman mengenai perkara itu.

“Kelakar pun ada tapi bagi saya ia sangat kurang ajar. Perkara ini bukan main-main dan boleh dibuat sesuka hati,” katanya penyampai ikonik Suria Cinta itu.

Bagi pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid ini, difahamkan muat naik itu dibuat admin kumpulan Facebook Pengeluaran Khas KWSP 2022 yang dikenali sebagai Amir Kdh.

DJ Lin berkata sebagai admin sepatutnya individu itu bertanggungjawab dalam membuat pengumuman dan memeriksa kesahihan sesuatu maklumat bukan sesuka hati menyebarkannya.

“Jangan terlalu fikir nak jadi nombor satu atau paling awal menyampaikan berita sehingga sesuka hati tanpa memikirkan sensitiviti. Saya harap ambil tindakan sewajarnya atau berdepan dengan tindakan undang-undang,” katanya tegas.

DJ Lin turut memuat naik hal berkenaan di laman Instagram miliknya dan mendapat reaksi peminat yang turut marah dengan kenyataan itu.

Tinjauan di akaun kumpulan itu mendapati individu berkenaan meminta maaf dan mendakwa mendapat maklumat tidak tepat. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts