Fazura Akan Terus Bersuara Isu Gaza – Terharu Diperakui Badan Berkaitan Palestin 

Pelakon popular Nur Fazura terharu dengan penerimaan badan berkaitan Palestin yang memperakui selebriti itu dalam menyuarakan hal berkaitan negara bergaul itu.

Fazura menjadi selebriti yang dijemput menerusi kolaborasi hantaran bersama di media sosial memperjuangkan solidariti penduduk di negara bergolak itu

“Saya akan terus bersuara dan syukur apabila turut menerima respon menerusi hantaran mereka yang turut tagged saya.

“Saya akan lakukan semampu mungkin dan saya percaya rezeki di tangan Allah saya akan tetap berkongsi perkara yang sepatutnya begitu juga dengan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Fazura mendapat pujian Netizen yang menganggap pelakon itu tidak gentar meneruskan jihad kecil bersuara mengenai kekejaman di Palestin.

Pada masa sama, Fazura mengakui tidak tahu bagaimana tercetusnya spekulasi mengenai hubungan rumah tangganya dengan suami Fattah Amin kononnya sedang bermasalah.

Malah dia turut menafikan perkara itu selain berkongsi bahawa hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik.

“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey tak. 

“Saya dan Fattah ok sahaja.

“Saya faham peminat nak ambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rasmi Koleksi Merdeka 2024 Porspec KPM X Fazura di Hotel The Westin Kuala Lumpur.

Bagi usahawan jenama Fazura itu, dia memilih untuk mengehadkan perkongsiannya di laman sosial bagi menghormati situasi yang sedang melanda Palestin.

“Secara jujur saya memang hadkan posting di media sosial. Saya terkesan melihat mereka di Palestin. 

“Jadi saya rasa tak ok tunjuk kemesraan bersama keluarga di media sosial. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami,“ katanya.

Tambah Fazura, dia mempunyai satu akaun media sosial yang khas dan ‘private’. Di situlah tempat dia berkongsi kehidupan peribadi.

“Saya ada satu lagi akaun private. Di situ sesiapa yang ada boleh lihat foto kami bersama.

“Boleh juga nampak perkembangan kami. Kalau ada spekulasi macam itu memang tak betul,” katanya.

Pelakon filem Pisau Cukur itu turut mengakui bahawa dia jarang berjumpa Fattah dek kerana jadual kerja yang terlalu sibuk.

“Kami sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi balik malam. Tak ada masa nak tunjuk kemesraan,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *