January 23, 2025

25 Selebriti Jayakan HUN2022

HUN 2022 Jadi Jenama Acara Tahunan

KUALA KUMPUR: Seramai 25 selebriti popular tanah air memeriahkan Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Antara selebriti yang terlibat adalah Azlan Typewriter, Saharul Ridzwan, Azza Elite, Ayu Damit, Lan Solo, Zoey Rahman, Sabhi Saddi, Balkisyh Sumundur Khan, Syed Ali, Eida Moin, Edy Moin, Laila Nasir, Tash Yong, Qazem Nor, Azan Scan GV8, Siti Fazurina, Amai Kamarudin, Sefik, Azura Aziz, Jasmine Ashraff, Rashid Jaafar, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi.

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor selaku penganjur acara HUN 2022 yang julung kali diadakan itu, sebanyak 1000 lot pameran disediakan secara keseluruhannya di HUN 2022.

“HUN 2022 ini diadakan sebagai pemangkin ekonomi negara yang mana sebelum ini kebanyakan usahawan terjejas kerana pendemik Covid-19. Saya memanggil artis untuk turut serta supaya mereka boleh menarik pengunjung untuk hadir ke acara ini.

“Selain itu, mereka juga seorang usahawan dan DPUKM sentiasa serta bersedia memberi bantuan seperti menyalurkan informasi serta membimbing mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya,” katanya.

Siti Fazurina juga dikenali sebagai Anita memeriahkan HUN 2022

Dalam pada itu, Abu Hasan menjelaskan, HUN 2022 dianjurkan sendiri oleh DPUKM tanpa bantuan dana daripada mana-mana pihak.

“Kami tidak mendapat bantuan dana daripada mana-mana pihak, ditambah dengan pandemik yang menganggu perancangan asal kami,” katanya yang berharap semua pihak terus menyokong usaha kali pertama itu.

Syed Ali turut berniaga

Acara kemuncak HUN 2022 adalah makan malam gala yang diadakan pada 28 Mac lalu bersempena dengan majlis anugerah untuk golongan usahawan.

Lebih menggembirakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memgumumkan Hari Usahawan Negara dijadikan acara tahunan ketika merasmikan HUN 2022. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts