December 8, 2024

Ajai Tak Kedekut, TokTi Risau

KUALA LUMPUR: Persembahan memukau Aisha Retno pada konsert suku akhir Big Stage 2022 Ahad lalu berjaya membuatkan dua juri tetap iaitu Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan standing ovation.

Persembahan hebat itu juga membuktikan Ajai tidak kedekut markah selepas pernah mencetuskan kontroversi memberikan hanya dua markah kepada peserta musim lalu.

Ajai memberikan 97 markah kepada Aisha yang menyampaikan lagu Begawan Solo pada konsert Bertemakan 360 darjah itu.

Foto Astro / Azrul Rafie

“Awak memang ada good hearing, pergi ke major pergi ke minor, bukan mudah untuk kamu tukar note begitu,” katanya.

Siti Nurhaliza yang mesra disapa TokTi mengakui teruja dan pada masa sama berharap agar Aisha mengekalkan impak persembahan yang sama sehingga ke peringkat akhir.

“Aisha tahniah, saya mahukan generasi muda yang bijak dan rajin serta tahu apa yang dia nak.

“Saya dengar part akhir tu saya menangis. Terer memang tererla. Tapi tolonglah minggu depan jangan salah pilih lagu sebab malam ini kalau final you menang,” katanya.

Aisha bakal membawakan lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul pada minggu separuh akhir pada Ahad ini bagi menempah tiket ke konsert akhir Big Stage 2022.

Megat Rahim dan Syafiq Abdillah menjadi peserta tersingkir selepas kedua-dua berada di bottom three bersama Elica yang kali pertama mendapat markah rendah. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts