September 27, 2023

Recharge dan Refresh di Clemira Homestay Cameron

Suasana panas bukan sahaja pada cuaca, malah isu semasa turut menghangatkan atmosfera semasa.

Lupakan seketika, apa kata kita lari jauh dari kota. Homestay yang Gayah perkenalkan kali ini memang best.

Kata orang, best place to recharge. Buang jauh-jauh aura kurang best dan hirup udara segar dan nyaman.

Pemandangan dari balkoni.

Terletak di lokasi strategik di Cameron Highlands menjadikan Clemira Homestay penginapan yang paling ideal untuk mereka yang merancang bercuti di kawasan tanah tinggi itu.

Unit pertama di Rose Apartment, Brincang terletak di belakang Pasar Kea Farm iaitu kawasan pasar yang paling sibuk dan tempat wajib disinggahi mana-mana pelancong di Cameron Highlands.

Malah kedudukan unit ini juga berdekatan Sheep Sanctuary, Ladang Boh Sungai Palas serta Mossy Forest.

Bilik tidur dengan hiasan menarik dan selesa.

Kedudukan unit Rose Apartment ini bukan sahaja menjimatkan minyak petrol anda tetapi yang paling penting menjimatkan masa kerana kesesakkan lalu lintas di Cameron Highlands adalah teruk ketika musim cuti.

Ruang santai bersama keluarga.

Bagi mereka yang mahukan penginapan di kawasan pekan, Clemira Homestay juga mempunyai unit di Greenhills Resort yang terletak di Tanah Rata.

Kedudukannya juga strategik kerana berdekatan dengan Bharat Tea, Taman MARDI, Taman Sedia serta Pasar Malam Golden Hill.

Konsep bilik khas untuk kanak-kanak.

Kedua-dua unit ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air, di mana mampu menampung sehingga 15 orang dewasa selain mesra OKU dan warga emas.

Ruang meja makan.

Jika anda merancang untuk membuat kejutan hari lahir, hari ulang tahun kepada pasangan, ahli keluarga atau rakan, pihak homestay juga boleh membantu anda.

Bilik yang luas dan selesa.

Bagi mereka yang berminat dan mengetahui lebih lanjut boleh ikuti di Facebook https://www.facebook.com/clemirahomestay

Ruangan dapur untuk memasak sayuran segar di Cameron Highlands.

Kalau nak ajak Gayah, jangan segan roger ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts