November 26, 2022

Album Khas Daqmie Sempena Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR : Kali terakhir muncul sekitar tahun 2016 menerusi album Budi, Daqmie kembali dengan album khas dalam satu projek khas.

Bekas ahli kumpulan Barongan ini berkongsi, album kali ini sangat istimewa kerana ia dilancarkan sempena Maulidur Rasul.

“Box Kasih & Rindu Aura Rezeki yang dihasilkan khas sempena edisi Maulidur Rasul dan projek istimewa antara saya dan produk Aura Rezeki, Julinda Miswan atau lebih dikenali menerusi nama komersialnya JM.

” Lebih istimewa, semua lagu-lagu yang ditampilkan adalah lagu baharu kerana dengan cara ini, ia boleh diguna pakai tanpa perlu minta kebenaran daripada pemilik sebelumnya,” katanya.

Daqmie, 50, atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap berkata, box ini juga istimewa kerana memuatkan garam mandian dengan wangian keluaran khas, pamplet dan QR Code dimana pembeli boleh scan untuk mendapatkan lagu.

Bercerita mengenai projek ini, dia berkata, ia tercetus kerana hubungan baiknya dengan JM, yang membawa kepada kerjasama ini.

“Saya cakap dengan JM, terapi Aura Rezeki ialah benda fizikal. Muzik saya pun saya nak buat terapi juga untuk spiritual.

“Jadi, kami buat benda ini dengan gabungkan jadikan Box tersebut didalamnya ada doa dan zikir dalam bentuk lagu serta ada hadiah dari Aura Rezeki dan khususkan Box itu sempena untuk Maulidur Rasul,” katanya.

Daqmie menambah 10 lagu yang dihasilkan sebenarnya banyak kepada doa, zikir dan selawat serta lebih kepada terapi.

Julinda yang juga juga CEO JMV Global Sdn Bhd dan Pengasas Aura Rezeki, gembira dengan idea dan kerjasama Daqmie selari dengan produk syarikat itu.

” Daqmie seorang yang kreatif dan apabila dia menyarankan projek ini, saya terus bersetuju kerana ada manfaatnya terhadap kedua- dua belah pihak,” katanya.

Mereka yang berminat untuk memiliki
Box Kasih & Rindu Aura Rezeki boleh mendapatkannya menerusi Instagram @aurarezekimalaysia dan @aurarezekiofficial.

Senarai lagu dalam album ini ialah:
01. Doa Pagi Dan Petang
02. Doa Ibu Bapa
03. Subhanallah
04. Alhamdulillah
05. Lailahaillallah
06. Allahu Akhbar
07. Selawat Dan Salam
08. Kasih Yang Di Rindu
99. Rahmatal Lil Alamin
10. Keluarga Aura Rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts