KUALA LUMPUR : Setahun tidak bersiaran, Maharaja Lawak Mega (MLM) akhirnya kembali dengan barisan jenama baharu kumpulan pelawak.
Kali ini seramai 11 kumpulan gandingan pelawak lama dan baharu bakal bersaing merebut wang tunai RM setengah juta bermula 15 Oktober ini.
Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, musim kesembilan kali ini MLM 2021 tampil berbeza dengan kumpulan baharu yang bersaing serta gabungan mengejutkan.
“Atu tidak lagi bersama dua adik beradiknya yang sebelum ini berjuang dengan jenama Zero. Kali ini Atu bersama Achey dan Fad dengan kumpulan Boro.
“Bukan tidak sehaluan tetapi Atu sahur cabaran untuk uji keserasian dengan kumpulan lain,” katanya kepada Gayah.

Norzeha berkata, MLM 2021 yang bakal berlangsung bermula 15 Oktober 9 malam, juga berbangga kerana disertai pelawak otai seperti Azlee dan Yasin.
MLM 2021 masih diacarakan oleh Datuk AC Mizal dan penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara ‘Backstage MLM 2021’, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM.

Dalam pada itu, penyampai radio GEGAR, Issey Fazlieham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Berikut senarai 11 kumpulan di MLM 2021:
1. KUMPULAN BORO : Achey, Atu & Fad
2. KUMPULAN PUTEH : Mamak, Vicha & Ali
3. KUMPULAN 3OTAK : Phoon Chi Ho, Farid Azmier & Parakash Daniel
4. KUMPULAN R&R : Man & Rahim
5. KUMPULAN TOBAT : Shuk Sahar, Bell Ngasri & Ropie
6. KUMPULAN OTAI : Azlee, Ieda Moin & Acong
7. KUMPULAN ORIX : Achok, Yassin & Abu Mamu
8. KUMPULAN CAWAN : Aliff Yasraf, Wan Gegau & Che Mat Raja Lawak
9. KUMPULAN TIRO : Sharif (Botak), Syaiful (Melati) & Danial Zaini
10. KUMPULAN BAHYE : Zahid, Nizam Jentik Jentik & Shashic
11. KUMPULAN TAICI : Chiwan, Tapai & Ilham
Gayah tak sabar nak bergelak ketawa!
End.
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan