January 17, 2025

Fesyen Guru Masuk Dapur Astro

KUALA LUMPUR : Nama figura ini gah dalam arena fesyen dan dekorasi premium malah diakui antara fesyen guru yang tersohor.

Selepas mengumumkan bersara baru-baru ini, Datuk Rizalman Ibrahim rupanya masuk dapur dan mempamerkan skil baharunya yang memang diketahui mahir dengan kuali dan dapur.

Anda boleh melihat sendiri celoteh dan resipi memikat rasa Rizalman dalam program masakan berjudul Pung Pang Rizalman.

Itu antara tarikan dan kelainan yang dibawakan Astro sepanjang kempen Ramadan tahun ini dengan tema ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’.

Dalam satu kenyataan kepada Gayah, Astro komited  memberikan sajian hiburan serta aktiviti-aktiviti kempen yang mengutamakan hubungan persaudaraan dengan penggunaan komunikasi maya menerusi kesemua platformnya menerusi pelbagai intisari rancangan.

Malah aktiviti mahupun rancangan yang bakal disajikan diyakini mampu mengukir senyuman serta menggembirakan setiap lapisan masyarakat.

Tema berkenaan juga selari dengan suasana negara yang sedang berdepan dengan cabaran getir wabak pandemik Covid-19.

Kali ini, Astro menggandingkan tujuh personaliti popular tanah air sebagai duta kempen ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’  iaitu Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Ben Amir, Hael Husaini, Ernie Zakri, Shiha Zikir dan Chubb-E.

Sebuah lagu berjudul Ciptakan Senyuman nyanyian Hael Husaini turut dipilih sebagai lagu tema pada kali ini.

Beberapa segmen disajikan pada Ramadan kali ini seperti Kembali Kepada Fitrah, Gaya Hidup, Gayah Hidup, Hiburan, Drama / Telemovie, Kanak-kanak, Antarabangsa dan banyak lagi.

Antara program menarik disemua saluran Astro ialah Ala Kazim, Jodoh Talk, Rasa Nostalgia Ramadan, Kenot Brain, Sembang Duduk Rumah, Empat Penjuru, Upin Ipin, Omar Hana dan pelbagai pilihan lain.

Gayah akui, Astro antara saluran meriah sepanjang Ramadan dan terima kasih juga kerana belanja rakyat Malaysia yang baik #dudukrumah sepanjang #PKP meneusi beberapa saluran percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts